fbpx

Akaun palsu menyamar Jung Woo-sung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JUNG WOO-SUNG

AGENSI Artist Company enggan berdiam diri selepas menyedari wujudnya akaun media sosial palsu kononnya milik aktor Jung Woo-sung yang dicipta peminat.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan, agensi tersebut menerima laporan tentang kewujudan akaun palsu membabitkan Woo-sung sedangkan aktor tinggi lampai itu tidak mempunyai akaun media sosial lain, kecuali Instagram rasminya, @tojws.

“Dia tiada media sosial lain. Tambahan lagi, dia tidak terlibat dengan sebarang aktiviti lain sama ada di Korea Selatan mahupun luar negara melainkan hanya yang diumumkan oleh kami.

“Paling penting untuk ditekankan di sini, artis-artis naungan kami tidak akan pernah meminta bayaran wang ataupun maklumat peribadi seseorang, tidak kira dengan sebarang alasan apa,” kata agensi berkenaan.

Pada masa sama, pihak pengurusan turut mengingatkan peminat supaya lebih berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga agar tidak terpedaya dengan akaun palsu melibatkan Jun Woo-sung.

“Kami akan sentiasa memantau dari semasa ke semasa supaya dapat membendung segala perkara yang tidak diingini daripada berlaku,” ujarnya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI