KUALA LANGAT – Kartunis terkenal, Aie atau nama sebenarnya, Saari Sulong, 48, meninggal dunia di rumahnya di Sungai Manggis, Banting di sini, pagi tadi.
Aie yang terkenal nukilan ‘Aku Hidup Dalam Blues’ dalam majalah Ujang meninggal dunia pukul 4 pagi akibat komplikasi buah pinggang.
Menurut laman sesawang JenamaX, beliau dilahirkan di Kuala Lumpur pada Februari 1973 dan dibesarkan di Segamat dan Kluang, Johor sebelum menamatkan tingkatan lima dekat Kuantan, Pahang.
Selama 25 tahun Aie melalui sepak-terajang dunia kartun dan komik dengan memegang portfolio sebagai kartunis, ilustrator, pelukis komik, pereka grafik dan ketua studio. – K!ONLINE