fbpx

7 maut, 50 cedera letupan di Bangladesh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba memeriksa lokasi letupan di sebuah bangunan di pusat bandar Dhaka semalam. - AFP

DHAKA – Sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh dan 50 yang lain cedera selepas letupan kuat mengakibatkan sebuah bangunan tiga tingkat di tengah  Dhaka rosak teruk  semalam,  kata pegawai Bangladesh.

Pihak berkuasa percaya letupan kuat diberpunca daripada kebocoran saluran paip gas.

Polis berkata, letupan itu begitu kuat sehingga memecahkan tingkap sekurang-kurangnya empat bas yang bergerak dan  mencederakan berpuluh-puluh penumpang di dalamnya.

Ketua polis Dhaka, Shafiqur Rahman memberitahu, sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh dalam letupan itu, walaupun pihak bomba memberikan angka kematian lebih rendah iaitu  tiga orang.

Pegawai polis dan bomba juga menyatakan bahawa 50 orang cedera.

“Anggota  bomba berada di tempat kejadian. Mereka akan menyiasat punca letupan itu. Bagaimanapun,  kami percaya bahawa gas metana terkumpul dan tertumpu di saluran paip sebelum meletup di tingkat bawah,” kata Pesuruhjaya Bersama Polis Metropolitan Dhaka, Syed Nurul Islam kepada AFP.

Beliau menolak perbuatan khianat dan berkata,  ibu kota Bangladesh itu telah menyaksikan beberapa letupan serupa sejak beberapa tahun lalu.

Saksi-saksi  memberitahu media tempatan bahawa letupan  menyebabkan bangunan yang menempatkan sebuah restoran, sebuah kedai elektronik dan beberapa kedai lain itu mengalami kerosakan teruk..

Polis berkata, sekurang-kurangnya dua bangunan bersebelahan juga mengalami kerosakan.

“Sekurang-kurangnya empat yang cedera dalam keadaan kritikal,” kata Samanta Lal Sen yang merupakan doktor di Hospital Sheikh Hasina Burn, di mana 12 mangsa cedera dirawat.

Sebuah unit pemusnah bom turut berada di tempat kejadian. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI