fbpx

160 pegawai Jakim dilatih kendali kes kemurungan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sedang melengkapkan 160 pegawainya dengan kemahiran khidmat psikospritual, khidmat bimbingan dan ilaj syarie bagi menangani kes kemurungan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, selain kes kemurungan, masalah lain seperti kerohanian dalam kalangan pesakit dan kakitangan hospital sendiri akibat pandemik Covid-19 turut diberi perhatian.

“Sehubungan itu, perkhidmatan tersebut akan disebarluaskan ke agensi-agensi di bawah Kementerian Kesihatan,” katanya menerusi hantaran Facebook di sini.

Mengulas lanjut katanya, bagi mencapai matlamat tersebut, 160 peserta terdiri daripada Kader Post Jakim yang berkhidmat di hospital seluruh Malaysia, pegawai mesra ibadah lantikan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) dan spiritual provider lantikan Hospital Rehab Cheras akan diberi latihan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI