fbpx

Thailand laksana semula sekatan lebih ketat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penumpang berjalan di lapangan terbang Suvarnabhumi di Bangkok pada 8 Jun lalu. - Akira Kodaka / Nikkei Asia

BANGKOK – Thailand akan kembali melaksanakan sekatan Covid-19 di restoran, tapak pembinaan dan kawasan berkumpul di Bangkok bagi mengekang penularan jangkitan Covid-19.

Selepas berjaya mengekalkan kadar jangkitan rendah selama setahun, gelombang terbaharu melanda   negara itu bermula April lalu dengan kemunculan kluster di kelab-kelab kelas atasan di Bangkok.

Sejak itu, lebih banyak kluster baharu muncul membabitkan kawasan kepadatan tinggi seperti penjara dan pekerja asing yang bekerja dalam sektor pembinaan dan perkhidmatan.

Kerajaan menerusi satu perintah yang dikeluarkan semalam memaklumkan bahawa sekatan baharu itu akan bermula esok dan akan berlangsung selama sebulan.

Ia termasuk menutup tapak pembinaan di Bangkok dan kawasan sekitarnya, melarang pekerja daripada meninggalkan kawasan mereka, melarang makan di restoran dan mengehadkan perjumpaan kepada cuma 20 orang.

Pusat pemeriksaan akan didirikan di wilayah selatan Thailand di Narathiwat, Pattani, Yala dan Songkhla. Pelancong mesti membawa ‘surat tunjuk sebab’ bagi aktiviti keluar dan masuk.

Sekatan baru itu menjelang pelancaran model bebas kuarantin bermula 1 Julai ini bagi pelancong sudah divaksin membabitkan  destinasi percutian popular, Phuket.

Pemimpin Thailand juga telah dikritik kerana program vaksinasi yang perlahan dan pihak berkuasa berusaha mengimport lebih banyak dos vaksin.

Perdana Menteri, Prayut Chan-O-Cha bercadang untuk membuka kembali negara itu sepenuhnya pada Oktober Ini sekali gus memerlukan pentadbirannya   mencapai sasaran vaksinasi sekurang-kurangnya 50 juta rakyat Thailand dalam tempoh empat bulan.

Sehingga kini, hanya sekitar 10 peratus penduduk telah menerima suntikan vaksin.

Thailand melaporkan lebih daripada 244,000 kes dan lebih 1,900 kematian sejak pandemik bermula. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI