fbpx

Benarkan industri kitar semula beroperasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Persatuan Pemerkasaan Kitar Semula Malaysia (Perkasa) menggesa kerajaan membenarkan peniaga besi buruk dan industri kitar semula untuk menjalankan kerja-kerja operasi di dalam premis sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Setiausaha Eksekutif Perkasa, S. Barathidasan berkata, pihaknya bimbang akan nasib peniaga-peniaga sektor berkenaan yang hampir gulung tikar apabila kerajaan melanjutkan PKP yang sepatutnya tamat esok.

“Permohonan kebenaran melalui e-mel telah dibuat supaya kerja-kerja operasi di dalam premis mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dengan syarat ia dimodifikasi dan ditambah baik mengikut keperluan semasa.

“Perkasa juga menggesa supaya kerajaan melaksanakan moratorium automatik bagi segmen pembiayaan kepada semua jenis perniagaan bagi mengelakkan keadaan menjadi getir, sukar dan meruncing,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Barathidasan berkata, peniaga-peniaga terkesan juga sukar untuk memohon moratorium automatik berikutan terlalu banyak karenah birokrasi terpaksa dilalui oleh para usahawan, peniaga dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

“Kementerian Kewangan memaklumkan institusi perbankan tidak boleh memberi moratorium secara automatik sebaliknya perlu melakukan permohonan. Hakikatnya proses tersebut amat sukar.

“Peniaga memerlukan bantuan serta sokongan modal daripada kerajaan untuk bangunkan semula perniagaan mereka yang sudah lingkup,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI