fbpx

Penjenayah bersenjata parang mati ditembak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek mati ditembak di Jalan Air Terjun di Bayan Lepas awal pagi ini.

BALIK PULAU – Seorang penjenayah yang cuba menyerang anggota polis sambil bersenjatakan parang maut ditembak dalam kejadian di Jalan Air Terjun, Kampung Bukit, Bayan Lepas di sini awal pagi tadi.

Kejadian kira-kira pukul 3.30 pagi itu dikatakan berlaku apabila suspek warga tempatan yang merupakan orang dikehendaki polis itu dikesan berada di lokasi tersebut ketika dua anggota polis mahu menahannya.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Kamarul Rizal Jenal berkata, sebaik menyedari kehadiran anggota polis, suspek bertindak agresif dengan menyerang menggunakan sebilah parang menyebabkan salah seorang daripada anggota cedera pada tangan.

Beliau berkata, seorang lagi anggota polis terpaksa melepaskan dua das tembakan ke arah suspek untuk mempertahankan diri.

“Suspek kemudiannya terus rebah dan pihak ambulans telah dihubungi bagi menyelamatkannya.

“Namun, pemeriksaan oleh pegawai kesihatan mengesahkan suspek telah meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya kepada pemberita hari ini.

Menurut Kamarul Rizal, siasatan lanjut mendapati selain sedang diburu berkaitan kes curi, suspek juga memiliki tujuh rekod kesalahan lampau berkaitan jenayah dan 15 rekod kes dadah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI