fbpx

Peminat doakan Ruhainies, Zul Ariffin berjodohan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZUL dan Ruhainies bergandingan dalam projek drama terbaharu, Wifi Sebelah Rumah.

PETALING JAYA – Keserasian antara pelakon, Ruhainies dan Zul Ariffin menerusi drama Wifi Sebelah Rumah mencetuskan harapan daripada peminat yang mahu melihat mereka disatukan sebagai pasangan suami isteri.

Perkara itu dibangkitkan pe­minat selepas aktres berusia 29 tahun tersebut memuat naik dua keping gambar dengan aksi mesra bersama Zul menerusi akaun Instagramnya.

Menerusi perkongsian itu, Ruhainies memberitahu, Zul gemar mengusiknya dengan membuat memek muka ketika diajak me­rakam gambar.

“Dia (Zul) kalau tak kacau (usik) orang, tak sah. Susah betul hendak mendapatkan gambar yang elok. Ada sahaja dia buat muka pelik.

“Sekiranya dimuat naik (di media sosial), dia kata saya pen­tingkan diri pula sebab muat naik gambar saya seorang yang cantik. Paling penting kami seronok berada di set penggambaran. Rindu semua,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat suka melihat pasangan tersebut bergandingan bersama dan mendoakan mereka agar bertemu jodoh.

“Kalian berdua sudah cukup matang, manisnya. Ada jodoh, kahwin. Jangan tunggu lama-lama,” tulis seorang peminat.

“Mudah-mudahan berjodoh, Amin,” kata seorang lagi pengikut Ruhainies.

Pada penghujung tahun lalu, nama kedua-dua pelakon itu menjadi bualan ramai apabila gambar mereka di lokasi penggambaran drama tersebut me­nimbulkan pelbagai persepsi ke­rana dikatakan terlampau mesra dan keterlaluan.

Ruhainies mahupun Zul kemudian membuat penjelasan bahawa mereka hanya memenuhi tuntutan watak serta menjalankan tugas sebagai seorang pelakon.

Sebelum ini, Zul juga pernah menafikan dirinya menjadi orang ketiga yang menjadi punca kepada keretakan hubungan pelakon Intan Najuwa dengan bekas tunangnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI