fbpx

Pasangan berjanji sehidup semati antara maut dalam runtuhan Florida

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasangan warga emas, Gladys dan Antonio Lozano (kiri) dan Manuel La Font (kanan) merupakan tiga mangsa yang ditemui dalam insiden runtuhan bangunan kondominium di Florida. -Twitter

MIAMI, Florida – Mayat sepasang warga emas dari Amerika Syarikat yang sudah berkahwin hampir 60 tahun antara tiga mangsa yang ditemui dalam runtuhan sebuah apartmen di Florida, lapor akhbar New York Post semalam. 

Polis daerah Miami-Dade semalam mengesahkan Antonio Lozano, 83, dan isterinya, Gladys Lozano, 79 serta bapa kepada dua orang anak, Manuel La Font, 54, meninggal dunia dalam runtuhan itu. 

Cucu kepada pasangan warga emas itu, Brian Lozano berkata mendiang datuk dan neneknya sudah berkahwin selama 59 tahun dan sering bertengkar tentang siapa yang akan mati dahulu kerana masing-masing tidak sanggup dipisahkan. 

“Insiden ini merupakan sesuatu yang tragis kerana saya tahu kedua-dua mereka sering bertengkar tentang siapa yang akan ‘pergi’ dahulu. 

“Akhirnya, kedua-dua mereka dapat apa yang dimahukan dan meninggal dunia bersama,” kata Lozano. 

Pasangan itu tinggal di apartmen 903. Pihak berkuasa menemui mayat Antonio Khamis lalu manakala mayat Gladys ditemui sehari kemudian. 

Bangunan kondominium 12 tingkat yang menempatkan 136 unit kediaman yang dikenali sebagai Champlain Tower South itu terletak bersebelahan Pantai Miami dan runtuh Khamis lalu. 

Sehingga kini, jumlah sebenar mangsa yang masih terperangkap dalam runtuhan bangunan itu masih belum dapat dipastikan dan punca kejadian masih dalam siasatan. -Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI