fbpx

Nina simpati nasib pesakit Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NUR SABRINA

KOLUM Pesona Ahad pada ming­gu ini menampilkan seorang gadis yang berpewatakan ceria dan sentiasa berfikiran positif.

Nur Sabrina Rauzan, 26, yang berasal dari Kuala Lumpur me­nerapkan prinsip Law of Attraction dalam hidupnya.

Mesra dipanggil Nina, anak keempat daripada lima adik-beradik itu memberitahu, sekiranya kita memfokuskan mengenai kegagalan, maka kita akan gagal.

“Keadaan sebaliknya pula sekiranya kita mahu bahagia, maka kita akan bahagia. Jadi, kawal pemikiran kita supaya lebih positif lebih-lebih lagi pada musim pandemik ketika ini.

Kepada Kosmo! Ahad, pegawai jualan dan pemasaran di sebuah syarikat logistik terkemuka ini berkongsi mengenai diri dan pandangannya mengenai situasi Covid-19 di negara ini.

Kosmo! Ahad: Pandangan Nina mengenai situasi semasa Covid-19 di Malaysia?
Nina: Angka kes yang dijangkiti wabak itu masih kekal tinggi melebihi 5,000 setiap hari. Ini amat menggerunkan. Saya sentiasa berpesan kepada diri sendiri dan orang di sekeliling supaya sentiasa berjaga-jaga.

Nasihat buat mereka yang ingkar prosedur operasi standard (SOP)?
Jangan jadikan diri kita sebagai pencetus kepada penularan wabak ini. Virus Covid-19 tidak me­ngenal status dan boleh mengjangkiti sesiapa sahaja. Saya berasa sedih dan simpati dengan pesakit Covid-19. Harap mereka cepat sembuh.

Nina boleh me­nguasai bahasa Mandarin dengan baik. Boleh ceritakan lebih lanjut.
Semasa berusia tujuh tahun, ibu bapa menghantar saya ke Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina di Petaling Jaya. Saya akui pada mulanya agak sukar, lama-kelamaan sudah biasa, malah saya bertutur dalam bahasa itu setiap hari.

Cabaran mempelajari bahasa Mandarin?
Sejujurnya, proses belajar pasti ada likunya. Antara cabaran yang dihadapi adalah cara sebutan dan mengenal beratus karakter huruf.

Adakah bahasa ketiga ini memberi kelebihan kepada Nina?
Saya dapat memahami mereka yang berkomunikasi dalam bahasa Mandarin selain dapat membantu ibu bapa yang menjalankan perniagaan nasi lemak.

Bagaimana dengan soko­ngan keluar­ga?
Walaupun mereka tidak mahir berbahasa Mandarin, namun ibu bapa saya memastikan kami adik-beradik boleh sekurang-kurangnya berkomunikasi dalam bahasa itu dan menggalakkan bercakap dalam bahasa Mandarin di rumah.

Apa perancangan ma­sa depan Nina?
Saya merancang untuk membuka kedai nasi lemak. Ibu bapa saya juga berniaga nasi lemak di SS15, Subang Jaya untuk membesarkan saya dan adik-beradik lain.

Aktiviti masa lapang?
Sebelum Covid-19 melanda, saya gemar melakukan aktiviti berbasikal dan mengembara. Saya juga suka memasak. Melihat keluarga gembira juga satu nikmat yang tidak dapat diganti.

Bagaimana pula dengan ciri-ciri lelaki idaman?
Saya memohon kepada Allah supaya menemukan saya dengan jodoh yang baik, menghormati keluarga dan sukakan kucing. Saya tidak berani meletakkan harapan yang terlalu tinggi kerana saya juga manusia biasa dan mempu­nyai kekurangan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI