fbpx

Menumpang kasih ibu saudara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RASIDAH (kanan) bergambar bersama empat anak saudaranya yang menjadi yatim piatu selepas kematian ibu mereka ketika ditemui di Taman Scientex, Pasir Gudang semalam.

JOHOR BAHRU – Empat beradik dari Taman Scientex, Pasir Gudang di sini kini menum­pang kasih saudara apabila mereka kehilangan orang tersayang terma­suk ibu, bapa, datuk dan nenek yang meninggal dunia selang setahun berturut-turut.

Empat beradik berusia antara satu hingga tujuh tahun tersebut menjadi yatim piatu selepas ibu mereka, Nurul Wandiana Shakira Sapuan, 29, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini pada pukul 11 pagi Khamis lalu akibat jangkitan kuman dalam otak.

Bapa saudara mereka, Adhar Baharim, 47, berkata, Nurul Wandiana dimasukkan di HSI sejak Selasa lalu.

“Pada mulanya dia demam, menggigil dan pengsan semasa dirawat di sebuah klinik sebelum dihantar ke HSI tetapi koma selama beberapa hari dan meninggal dunia semalam (kelmarin).

“Dia yang merupakan ibu tunggal sebelum ini menyara empat anaknya dengan berniaga online. Insiden ini menjadikan empat anak saudara saya kehilangan empat orang tersayang dalam masa singkat.

“Datuk di sebelah ibu mereka meninggal dunia pada 2018, disusuli nenek (2019), bapa, Mohd. Jamil, 37, tahun lalu dan ibu (kelmarin),” katanya.

Terdahulu, empat beradik itu menerima kunjungan Ketua Wanita UMNO Bahagian Pasir Gudang, Datuk Normala Abdul Samad dan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Kisah mengenai empat beradik tersebut menjadi tular apabila seorang kenalan melawat jenazah Nurul Wandiana memelahirkan kebimbangan kanak-kanak itu akan terbiar selepas ini kerana kedua-dua ibu bapa mereka sudah meninggal dunia.

Adhar menafikan dakwaan keempat-empat anak saudaranya akan hilang tempat bergantung dan tiada siapa akan menjaga mereka kerana didakwa tiada waris sedangkan perkara itu tidak benar sama sekali.

Guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Johor Bahru itu memberitahu, perbincangan untuk menjaga empat beradik itu sedang dilakukan waris.

Sementara itu, ibu saudara kanak-kanak terbabit, Rasidah Baharim, 55, berkata, kemungkinan keempat-empat anak saudaranya itu akan tinggal bersama-sama adiknya, Suzana Baharim, 41, di Nilai, Negeri Sembilan.

“Kami akan mewujudkan tabung bagi menjaga keperluan dan kebajikan mereka sehingga dewasa.

“Kami tidak akan menyerahkan mereka untuk dijadikan anak angkat walaupun ada yang mahu berbuat demikian,” tegas­nya.

Oang ramai yang ingin ­menghulurkan sumbangan boleh ­menghubungi Adhar di talian 017-740 8165 atau menerusi akaun Maybank, 151240002324. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI