fbpx

MDC Asia bakal miliki Hospital Pusrawi Damansara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Peneraju perkhidmatan perubatan halal dan patuh syariah swasta, MDC Asia Link Bhd. (MDC Asia) bakal memuktamadkan pengambilalihan Hospital Pusrawi Damansara, dijangka pada Ogos depan.

Ketua Pegawai Eksekutif MDC Asia, Dr. Aslan Bacho berkata, pihaknya akan membuat pelaburan kira-kira RM8.5juta untuk memberi nafas baharu kepada hospital berkenaan.

“MDC Asia sememangnya menyasarkan untuk menubuhkan hospital dalam masa terdekat dan tawaran pengambilalihan ini amat bersesuaian dengan perancangan kami untuk memilik hospital.

“Kami akan membuat beberapa pembaharuan terutamanya menyediakan peralatan perubatan terkini, sistem klinikal digital, ruang dalaman wad baharu serta rombakan pengurusan bagi memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Aslan

Mengulas lanjut, Aslan berkata, pihaknya memerlukan kira-kira lapan doktor pakar dan 35 orang jururawat bagi menyertai pasukannya di hospital itu kelak.

“Sahabat-sahabat profesional, doktor pakar Obstetrik dan Ginekologi, jururawat dan bidan dialu-alukan untuk bersama dengan Pusrawi yang baharu.

“Diharap dengan pengambilalihan ini, kami dapat memberikan rawatan dan perkhidmatan yang lebih menyeluruh, profesional serta mampu untuk semua golongan,” ujarnya.

Tambah Aslan, hospital berkenaan dipilih kerana ia merupakan peneraju hospital Islam di negara ini, selain selaras dengan halatuju MDC Asia yang mahu menjadi pelopor dalam penyedia perkhidmatan kesihatan halal.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI