fbpx

Lelaki jatuh sungai dikhuatiri lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Operasi mencari seorang lelaki yang dipercayai terjatuh dalam Sungai Kuala Pai sedang giat dijalankan oleh anggota bomba hari ini.

KUALA NERANG – Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke Sungai Kuala Pai dekat sini hari ini.

Operasi mencari mangsa yang dikenali sebagai Muhamad Shahril Hamid, 30, sedang giat dilakukan oleh pasukan bomba.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pukul 10.24 pagi ini.

“Seorang lelaki dipercayai terjatuh ke dalam sungai dan operasi mencari mangsa sedang giat dijalankan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, abang mangsa turut memaklumkan bahawa mangsa mempunyai masalah kesihatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Mulkiaman Manzar berkata, mangsa dipercayai terjatuh ke dalam sungai, namun tiada saksi awam yang berada di lokasi itu ketika kejadian berlaku.

“Hanya terdapat sebuah motosikal berhampiran lokasi kejadian dan operasi mencari mangsa sedang dilakukan,” katanya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI