fbpx

Keluarga Samsudin terus dibantu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razali (lima dari kanan) menyantuni Samsuddin (empat dari kanan) dan Norfarhana (tiga dari kanan) di rumah bot mereka di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu hari ini.

HULU TERENGGANU – Keperitan kehidupan keluarga Samsuddin Khalid, 45, yang terpaksa menetap di rumah bot yang uzur di Tasik Kenyir dekat sini terus mendapat perhatian.

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) menawarkan keluarga tersebut untuk didiami seunit rumah pekerjanya di Lawit dekat sini sementara pembinaan rumah program perumahan rakyat termiskin (PPRT) mereka siap sepenuhnya pada Oktober depan.

“Saya difahamkan kerja-kerja pembinaan rumah PPRT untuk keluarga Samsuddin di tanah milik keluarganya di Kampung Basong dekat sini akan bermula pada bulan Ogos depan dan dijangka disiap dalam tempoh sebulan setengah.

“Demi kebajikan dan keselesaan isteri dan empat anaknya, mereka akan dipindahkan sementara di rumah pekerja di Lawit yang terletak tidak jauh dari Pengkalan Gawi dekat sini sementara rumah PPRT itu siap,” katanya menyantuni keluarga tersebut di Pengkalan Gawi dekat sini hari ini.

Ketengah yang juga agensi pengoperasian dan pentadbiran Tasik Kenyir turut menyerahkan bantuan barangan keperluan kepada keluarga Samsuddin yang merupakan pengusaha rumah bot.

Kosmo! kelmarin melaporkan Samsudin, isteri, Norfarhana Yusop, 29, dan empat anak mereka hidup melarat dengan menumpang teduh di dalam rumah bot mereka.

Kesusahan mereka kemudian mendapatkan perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri Telemong, Datuk Rozi Mamat yang membantu keluarga itu memperolehi rumah PPRT dengan peruntukan Kementerian Pembangunan Luar Bandar. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI