fbpx

Isteri pegang telefon 14 hari jika positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sepanduk yang dipasang di Bekasi, Indonesia. - Suara.com

JAKARTA – Penduduk Jati Melati di Bekasi, Indonesia memasang sepanduk amaran ‘istimewa’ bagi mengingatkan warganya untuk berhati-hati dengan penularan Covid-19, lapor Suara.com, semalam.

Sepanduk yang dipasang di tengah-tengah bandar itu menulis amaran berbunyi ‘Jika anda positif Covid-19 dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), ingat bahawa telefon bimbit anda akan dipegang oleh isteri selama 14 hari’.

Ketua Tetangga Jati Melati, Wiratna berkata amaran unik itu bertujuan agar penduduk tempatan tidak leka memakai pelitup muka dalam usaha mengekang penularan wabak maut itu.

“Ini antara usaha kami untuk menekankan kepentingan memakai pelitup muka dalam kalangan penduduk di sini.

“Jika dipesan biasa-biasa, mereka tidak mahu dengar. Bila ditulis ‘ugutan’ begini, baru mereka berfikir panjang,” ujarnya.

Tambah Wiratna, sepanduk itu berjaya menarik perhatian penduduk dan menjadi tular di media sosial.

“Amarannya kelihatan lucu tapi maksudnya mengena. Maklum sahajalah, telefon bimbit biasanya mengandungi banyak rahsia peribadi,” ujarnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI