fbpx

Hirshi pesohor kereta berjaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hirshi kini merupakan antara ‘carfluencer’ paling berjaya. -Instagram

LONDON – Seorang wartawan berhenti kerja untuk menjadi pesohor kereta individu yang memandu uji kenderaan mewah selepas menjana pendapatan sehingga £2.2 juta (RM12.7 juta) setahun, lapor akhbar The Sun semalam.

Peminat kereta, Alex Hirshi, 34, sebelum ini merupakan seorang pengacara radio yang memulakan akaun di laman media sosial untuk ulasan kereta mewah dinamakan  ‘Supercar Blondie’. Tujuan dia berbuat demikian adalah  untuk menjana pendapatan sampingan.

Hirshi meninggalkan kampung halamannya di Queensland, Australia dan  berpindah ke Dubai pada 2008.

Selepas meninggalkan kerjaya tetapnya, wanita itu kini bergelar ‘pesohor kereta’ yang berjaya. Dia memiliki seramai 14.3 juta pengikut di akaun media sosial dan menjana pendapatan £6,000 (RM34,623) untuk satu video yang dimuat naik di laman TikTok.

Video TikTok paling popularnya merupakan video Hirshi menaiki kereta konsep Rolls Royce 103X iaitu sebuah kereta pandu sendiri yang tidak mempunyai stereng.

“Saya mula memuat naik pengalaman memandu kenderaan mewah dan bermula dengan Bentley, saya kemudian memandu Ferrari, McLaren dan sebagainya dan merakam kandungan video untuk jenama-jenama itu.

“Ketika itu, tiada sesiapa yang membuat kandungan sama seperti saya. Ramai pakar yang boleh bercakap tentang kereta, namun tiada sesiapa yang membuatkan kereta nampak ‘menyeronokkan’,” katanya.

Tambah Hirshi, dia juga memuat naik video yang tidak terlalu banyak bercakap kerana mahu penonton fokus dengan kandungan sebenar video tersebut.

“Saya juga menggunakan komedi untuk menarik minat penonton dan fokus menunjukkan sebanyak mungkin visual,” katanya. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI