fbpx

Gagal seludup 30 tong minyak petrol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota penguat kuasa KPDNHEP Kelantan menunjukkan 30 tong minyak petrol yang dirampas di dalam sebuah kereta di Kampung Belukar, Wakaf Bharu semalam.

TUMPAT – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) merampas sebanyak 750 liter minyak petrol yang diisi di dalam 30 buah tong di bahagian tempat duduk penumpang sebuah kereta di Kampung Belukar, Wakaf Bharu di sini semalam.

Rampasan itu dijalankan pada pukul 11 pagi ketika anggota KPDNHEP sedang menjalankan rondaan di kawasan itu

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Kelantan, Azanizam Affendi Juri berkata, anggota KPDNHEP melihat sebuah kereta jenis Proton Gen 2 yang dipandu oleh seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, apabila menyedari kereta yang dipandunya diekori, suspek kemudian berhenti dan melarikan diri ke kawasan berhampiran.

“Pemeriksaan di dalam kereta itu telah menjumpai sebanyak 30 tong plastik dengan setiap satunya berisi 25 liter minyak petrol di bahagian tempat duduk penumpang yang sudah diubah suai.

“Siasatan mendapati, minyak petrol yang bernilai kira-kira RM1,537 itu akan diseludup ke negara jiran melalui pangkalan haram Rantau Panjang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Azanizam Affendi, kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI