fbpx

‘Berkenalan pak cik kau’ – Cik Piah berang dapat kiriman lucah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Cik Piah berang dengan individu yang menghantar gambar lucah dalam laman sosialnya.

PETALING JAYA – Penyampai radio Suria FM, Feeya Iskandar atau lebih dikenali sebagai Cik Piah berang terhadap netizen yang mengganggu privasinya dengan menghantar kiriman tidak senonoh dalam laman sosialnya.

Cik Piah menerusi hantaran dalam Facebooknya mendedahkan, sering menerima mesej dan gambar yang bukan-bukan daripada individu yang langsung tidak dikenalinya sejak kebelakangan ini.

“Tak malu eh hantar gambar tak senonoh? Lepas tu jangan tanya soalan bodoh, ‘Hai, awak boleh berkenalan?’.

“Berkenalan pakcik kau. Kau ingat aku ada masa nak layan mesej (DM) merepek macam ni. Sekarang ni Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sambung lagi ke tak ni?,” tulis Cik Piah.

Meninjau pada ruangan komen, beberapa rakan selebriti dan pengikutnya turut meninggalkan respons dan ada yang mencadangkan supaya Cik Piah membuat laporan polis.

Cik Piah dan suami mendirikan rumah tangga pada 2018 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Untuk rekod, Cik Piah mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Nurashid Wahab pada 6 Mei 2018.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga cahaya mata Adam Malique, 4, Nuh Aryyan, 3, dan Muhammad Zidan yang kini berusia empat bulan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI