fbpx

5,586 kes dilaporkan hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
kes terkini

PUTRAJAYA – Sebanyak 5,586 kes baharu dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 734,048 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, Selangor merekodkan sebanyak 2,212 kes, diikuti oleh Kuala Lumpur sebanyak 628 kes dan Sarawak sebanyak 513 kes.

“Seterusnya, Negeri Sembilan (501 kes), Melaka (380 kes), Johor (312 kes), Perak (229 kes), Sabah (190 kes), Pulau Pinang (138 kes), Kelantan (133 kes), Kedah (129 kes) dan Pahang (118 kes).

“Labuan pula (83 kes), Terengganu (16 kes), Putrajaya (empat kes) manakala, tiada jangkitan baharu di Perlis,” katanya pada ciapan Twitter beliau di sini hari ini. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI