fbpx

Wanita panik rumah diceroboh lelaki berpisau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seorang wanita mengalami detik cemas apabila rumahnya dicerobohi seorang lelaki dalam satu kejadian di Putrajaya semalam.

Wanita berkenaan bagaimanapun bernasib baik apabila kejadian disaksikan oleh seorang penghantar makanan serta jirannya yang dengan pantas segera datang menghulurkan bantuan.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 2.50 petang ketika mangsa ingin pulang ke rumahnya.

“Suspek yang berusia 32 tahun itu dilaporkan telah mengekori mangsa, 23, dari dalam lif sehinggalah ke rumahnya sebelum secara tiba-tiba mengacukan sebilah pisau.

“Mangsa yang ketakutan kemudiannya segera masuk ke dalam rumah sambil memanggil rakannya namun suspek segera bertindak masuk ke dalam bilik mangsa dan mengunci pintu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Siti Kamsiah, suspek bagaimanapun berjaya ditahan oleh seorang penghantar makanan yang kebetulan tiba sambil dibantu oleh jiran mangsa.

“Siasatan awal yang dilakukan mendapati suspek tidak bekerja dan tinggal di blok yang sama dengan mangsa namun mereka tidak mengenali satu sama lain.

“Suspek kini direman empat hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376/511 Kanun Keseksaan, Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 448 Kanun Keseksaan,” tegas beliau. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI