fbpx

Sumbat 41 kotak minyak masak dalam Proton Wira

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian minyak masak yang dirampas PGA dalam serbuan di Rantau Panjang semalam.

RANTAU PANJANG – Hasrat seorang lelaki untuk menerima upah dengan membawa 697 paket minyak masak paket yang akan diseludup ke negara jiran tidak berhasil selepas kereta dipandunya ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 di Kampung Lanchang di sini semalam.

Lelaki berusia 43 tahun itu ditahan pada pukul 11.30 malam ketika anggota PGA menjalankan rondaan rutin di kawasan sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7, Superintendan Azhari Nusi berkata, pihaknya telah mengesan sebuah kereta jenis Proton Wira yang dipandu dalam keadaan mencurigakan selepas menerima maklumat mengenai kegiatan penyeludupan di kawasan tersebut.

“Pemeriksaan lanjut telah menemui sebanyak 41 kotak yang mengandungi 697 paket minyak masak yang dipercayai akan diseludup ke negara jiran.

“Nilai rampasan bahan mentah itu termasuk kereta yang digunakan untuk kegiatan penyeludupan itu dianggarkan berjumlah RM12,788,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Azhari, sebelum tangkapan itu, pihaknya terlebih dahulu merampas sebanyak 323 paket minyak masak yang cuba diseludup ke negara jiran dalam serbuan di pangkalan haram Jitong di sini pada pukul 7 petang. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI