fbpx

Nota bongkar kematian pelatih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Kecewa kerana teman wanitanya mempunyai kekasih lain menyebabkan seorang penghuni sebuah pusat serenti di Bukit Mertajam di sini, nekad mencabut nyawa­nya sendiri dengan menggantung diri kelmarin.

Penghuni berusia 36 tahun itu ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di depan pintu tandas di pusat tersebut oleh seorang petugas yang melakukan rondaan pada pukul 8.10 malam.

Polis yang melakukan siasatan di lokasi penemuan mayat me­nemui sekeping nota dalam bahasa tamil di dalam sebuah buku milik si mati.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad berkata, buku tersebut ditemui di atas katil si mati.

Beliau berkata, melalui nota tersebut, si mati meminta maaf kepada ibunya kerana telah menyusahkan keluarga.

“Si mati memaklumkan dia datang ke pusat serenti tersebut untuk berubah demi kekasihnya, namun wanita itu telah berjumpa lelaki lain.

“Perkara itu menyebabkan si mati berasa kecewa,” katanya dalam satu kenyataan ­semalam.

Si mati yang merupakan anak bongsu daripada tiga adik-beradik dikatakan masuk ke pusat serenti tersebut secara sukarela pada April lalu.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, pelatih itu dirujuk ke Hospital Bukit Mertajam pada 21 Jun lalu kerana mengadu gatal-gatal dipercayai kudis buta dan doktor menyarankan supaya diasing agar tidak berjangkit de­ngan penghuni lain.

Mangsa kemudian dipindahkan ke bilik sakit dan tinggal seorang diri.

Kali terakhir si mati dilihat pada pukul 4.30 petang kelmarin selepas petugas perubatan da­tang ke bilik sakit berjumpa dengan mangsa dan mengingatkannya supaya memakan ubat.

Pemeriksaan mendapati si mati memiliki empat rekod kes dadah. Tiada unsur jenayah dalam kes kematian mangsa.

Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Seberang Jaya di sini untuk dibedah siasat. Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI