fbpx

Nelayan hilang bot dinaiki karam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Norhisham (dua dari kanan)menceritakan detik cemas yang dialaminya kepada Razman Zakaria di jeti Polis Marin Kuala Kurau hari ini.- Foto oleh WAT KAMAL ABAS

PARIT BUNTAR – Seorang nelayan hilang manakala dua lagi selamat apabila bot yang dinaiki karam pada kedudukan 35 batu nautika dari Jeti Sungai Udang setelah berlanggar dengan sebuah bot pukat tunda pagi semalam.

Kejadian berlaku pada pukul 4.30 pagi semasa bot berkenaan yang dinaiki tiga nelayan dalam perjalanan pulang ke Jeti Sungai Udang setelah empat hari di laut.

Menceritakan detik cemas itu, tekong bot, Mohd. Norhisham Hashim, 35, berkata, cuaca gelap menyebabkan botnya berlanggar dengan sebuah bot pukat tunda yang juga tidak memasang lampu.

“Selepas berlaku perlanggaran, bot pukat tunda itu terus berlalu manakala saya dan ipar jatuh ke dalam laut. Adik, Mohd. Syarif, 25, yang masih berada di atas bot telah mencampakkan jaket keselamatan ke arah saya malangnya dia tidak sempat terjun kerana air pantas memasuki bot.

“Kemungkinan dia tenggelam bersama bot tapi tak pasti sebab keadaan gelap, manakala ipar pula hanya bergantung pada tin biskut yang terapung,” ceritanya.

Menurut Mohd. Norhisham, beliau bersama iparnya langsung tidak nampak kelibat adiknya menyebabkan mereka berdua cuba berenang menyelamatkan diri.

“Setelah terapung lebih dua jam kami berdua diselamatkan sebuat bot nelayan yang hendak keluar ke laut dan membawa kami ke Jeti Nelayan di Pantai Remis,” katanya ketika ditemui pemberita.

Sementara itu, Pengarah Zon Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd. Sharenliza Ghazali berkata, operasi dan menyelamat masih diteruskan hingga kini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI