SEREMBAN – Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Negeri Sembilan sudah hampir mencapai sasaran yang ditetapkan kerajaan persekutuan untuk penggunaan vaksin.
Menurut Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Dr. Razali Ab. Malik, status penggunaan vaksin di negeri itu sudah hampir mencapai 95 peratus.
“Alhamdullilah di Negeri Sembilan PPV kita berjalan dengan lancar malah pada hari ini sahaja kalau kita lihat laporan penggunaan vaksin sudah mencapai hampir 95 peratus.
“Peratusan itu sudah menghampiri sasaran yang ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan,” katanya ketika ditemui pada Simulasi Pengoperasian PPV IPT Mega di Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai di sini hari ini.
Tambahnya , stok vaksin di negeri itu pada hari ini hanya berbaki 16,000 dos dengan sejumlah 49,000 dos lagi akan tiba pada minggu depan. – K! ONLINE