fbpx

Mangsa rumah tangga jangan malu buat laporan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rina melawat Jahidah yang masih terlantar dan separuh sedar di rumah adiknya di Bandar Sri Sendayan di sini. - Foto oleh NOR SHAFAWATI YUP

SEREMBAN – Wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga perlu tampil ke depan meluahkan masalah kepada ahli keluarga sebelum berlaku perkara yang tidak diingini seperti kes Jahidah Nordin, yang koma dipukul suami.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd. Harun berkata, keluarga memaklumkan Jahidah yang kini hamil 14 minggu berubah menjadi seorang yang pendiam dan kurang ceria selepas mendirikan rumah tangga.

“Selain itu, berdasarkan laporan daripada rakan pejabat terdapat kesan lebam pada badan Jahidah sebelum kejadian mangsa cedera parah dipukul suami sehingga koma.

“Kalau dilihat kes keganasan rumah tangga disebabkan beberapa faktor, dalam keadaan sekarang ada yang hilang pekerjaan, masalah ekonomi selain tertekan akibat duduk terkurung di rumah,” katanya ketika ditemui selepas melawat Jahidah di rumah adiknya di Bandar Sri Sendayan di sini.

Pada lawatan tersebut, pihak kementerian turut menyampaikan bantuan sebanyak RM1,000, lampin serta barang keperluan lain. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI