fbpx

Lima kilang, 10 premis perniagaan diarah tutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Lima kilang dan 10 premis perniagaan telah diarahkan tutup semalam kerana didapati melanggar arahan prosedur operasi stan­dard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 sepertimana yang ditetapkan pihak berkuasa.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan sebanyak 2,224 pemeriksaan ke atas kilang dan 11,680 premis perniagaan.

“Dalam pemeriksaan itu, sejumlah 12 tangkapan telah dilakukan pihak berkuasa.

“Seperti yang diumumkan beberapa hari lepas, kerajaan akan terus mempertingkatkan penguatkuasaan secara menyeluruh dari segi pemeriksaan ke atas kilang-kilang dan premis-premis perniagaan kerana terlalu banyak pelanggaran arahan kerajaan dan SOP yang telah diwartakan,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas beliau, secara kumulatifnya, pasukan Task Force Operasi Pematuhan telah melaksanakan 95,539 pemeriksaan dan snap check Covid-19 di seluruh negara dengan jumlah kekuatan anggota sebanyak 20,071. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI