fbpx

Lelaki maut langgar kerbau 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas melanggar seekor kerbau di Kampung Kuala Tekai, Jalan Barokhas-Pedu semalam.

KUALA NERANG – Seorang lelaki maut setelah motosikal ditungganginya melanggar seekor kerbau yang melintas jalan di Kampung Kuala Tekai, Jalan Barokhas-Pedu di sini, semalam.

Mangsa berusia 46 tahun yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 itu maut di tempat kejadian akibat kecedaraan parah pada anggota badan.

Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Mulkiaman Manzar berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kemalangan itu pada pukul 8.47 malam.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari Kampung Tekai menghala Kampung Tualak.

“Mangsa dipercayai melanggar seekor kerbau yang tiba-tiba meluru ke tengah jalan menyebabkan dia tercampak ke hadapan dan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI