fbpx

Hilang kerja, isteri pula derita kanser

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Baharun memasang beg stoma pada perut Hasmah di rumah mereka di Kampung Kuala Dura, Hulu Terengganu semalam.

HULU TERENGGANU – Seorang pengusaha rumah bot Tasik Kenyir dekat sini runsing kehila­ngan punca pendapatan ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 sedangkan isterinya kini menderita kanser usus tahap tiga.

Baharun Omar, 53, berkata, isterinya, Hasmah Jaafar, 50, yang disahkan menghidap kanser tersebut pada tahun lalu sekarang bergantung kepada beg stoma bagi pembuangan air besar.

“Isteri saya telah menjalani dua pembedahan usus sebelum ini dan dijangka akan sekali lagi memasuki dewan pembedahan pada Ogos depan.

“Pembedahan itu penting bagi menentukan sama isteri saya perlu bergantung kepada beg stoma seumur hidup atau sebaliknya,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Kampung Kuala Dura dekat sini semalam.

Baharun berkata, perbelanjaan perubatan isterinya terma­suk membeli beg stoma dianggarkan RM1,000 sebulan.

Jelasnya, sekotak beg stoma yang mengandungi 30 keping berharga hampir RM200 dan biasanya boleh bertahan lebih kurang 10 hari.

“Kadangkala kami terpaksa guna semula beg stoma itu untuk berjimat-cermat.

Apapun saya berterima kasih kepada Majlis Kanser Nasional (Makna) yang menyumbang (beg stoma) baru-baru ini yang kini ada 20 keping.

“Pendapatan saya sebagai pengusaha rumah bot Tasik Kenyir terjejas sejak Mac lalu. Ia satu-satunya sumber pendapatan kami membuatkan kami kini semakin terhimpit.

“Saya lebih sedih lihat isteri diuji penyakit biar pun terpaksa berhenti kerja,” katanya.

Orang ramai yang bersimpati boleh menghulurkan bantuan menerusi akaun Agro Bank Hasmah bernombor 2006551000075848 atau meng­hubungi Baharun di talian 010-910 7990.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI