fbpx

Gelagat selebriti: Lipat baju 5 saat cara Fasha Sandha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TEKNIK lipat kain daripada Fasha menjadi tips berguna untuk pengikut Instagramnya.

JARANG sekali selebriti Malaysia berkongsi tips mengenai cara menguruskan rumah tangga.

Terbaharu, Fasha Sandha muncul dengan tips melipat baju dalam tempoh lima saat yang sangat berguna kepada golongan suri rumah terutama ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dalam video pendek tersebut, pelakon drama Scammer itu mengajar cara melipat baju dengan hanya empat langkah mudah.

“Alhamdulillah, waktu PKP ini dah cekap melipat baju dengan pantas, dahulu terkial-kial lipat baju.

“Sekarang sudah boleh lipat sehelai baju dalam masa lima saat. Bukan hanya pantas, tapi kemas dan teratur. Seronok pula rasanya dapat berkongsi, selamat mencuba semua!” tulisnya.

Perkongsian tersebut meraih perhatian dan pujian ramai terutama golongan suri rumah yang turut meminta agar Fasha lebih kerap berkongsi lebih banyak tips pada masa akan datang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI