fbpx

Cabaran TikTok: Erra cakap jujur, Aleesya kata palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ERRA bersama anaknya Aleesya.

SEJAK akhir-akhir ini, tular sebuah cabaran #dayinmylifechallenge dalam aplikasi TikTok yang turut disertai oleh beberapa selebriti tanah air seperti Erra Fazira.

Dalam video tersebut, Erra menyahut cabaran bersama anaknya, Engku Aleesya dengan menceritakan segala rutin harian di hadapan anaknya tetapi lucunya, rahsia lain pula terburai!

“Saya bangun pukul enam pagi.

“Kita solat Subuh dulu, kemudian saya akan pergi ke pasar untuk beli barang sarapan. Selepas itu, terus masakkan sarapan sebab nak siapkan makanan untuk Aleesya. Dah buat sarapan, saya pergi bersenam,” ujar Erra.

Ketika Erra sibuk bercerita tentang rutin hariannya, Engku Aleesya cuba untuk menahan ketawa dan turut menafikan segala hal yang dikongsi ibunya itu.

“Jangan buat begitu mom (panggilan untuk Erra). Awak bangun Subuh kemudian tidur lebih 10 minit.

“Pukul 10 pagi baru awak bangun dan mandi. Jangan buat begitu mom, nampak terlalu palsu di depan kamera,” kata Aleesya.

Aksi dua beranak itu sungguh menghiburkan netizen yang menontonnya.

Bahkan, netizen juga memberitahu bahawa kanak-kanak memang tidak pandai menipu.

Selain itu, mereka juga memuji Aleesya kerana tidak bersubahat dengan ibunya untuk berbohong.

Lucu sungguh dua beranak popular itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI