fbpx

45 PPV IPT bakal beroperasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noraini (kanan) ketika mendapat kunjungan Noor Hisham di program rintis Pusat Pemberian Vaksin Bergerak, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) di Batu Pahat hari ini.

PETALING JAYA – Sebanyak 26 buah institut pengajian tinggi (IPT) telah dijadikan sebagai Pusat Pemberian Vaksin Institusi Pendidikan Tinggi (PPV IPT) sehingga semalam.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata, sebanyak 19 lagi PPV IPT dalam perancangan untuk dibuka menjadikan jumlah keseluruhan PPV IPT sebanyak 45 buah.

“Ketika ini, PPV IPT yang telah beroperasi mempunyai kapasiti 25,400 dos vaksin sehari. Sehingga 21 Jun lalu, seramai 200,016 orang telah menerima vaksin di PPV IPT.

“Isnin nanti, sebuah lagi PPV IPT akan dibuka di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), dengan kapasiti 3,000 penerima vaksin sehari, PPV IPT ini mampu memberi manfaat kepada penduduk terutamanya di Negeri Sembilan,” jelasnya melalui satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, Noraini menerima kunjungan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah ke program rintis Pusat Pemberian Vaksin Bergerak, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) di Batu Pahat hari ini.

Dalam pada itu, sehingga kelmarin PPV IPT Unimas berjaya mencatat rekod 5,584 penerima vaksin sehari sejak beroperasi 10 hari lalu, jumlah keseluruhan penerima vaksin di PPV IPT Unimas telah mencatatkan sebanyak 37,758.

“KPT ingin mengucapkan terima kasih kepada Covid-19 Immunisation Task Force (CITF) atas peluang kerjasama yang diberikan kepada pihak IPT untuk bersama-sama menangani wabak Covid-19 di negara ini.

“KPT yakin dan komited dengan inisiatif yang digerakkan secara bersama ini, Pelan Pemulihan Negara dapat dilaksanakan dengan lebih pantas,” jelasnya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI