fbpx

Vaksin terbiar individu tidak hadir temu janji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sazzli (kiri) menyantuni salah seorang penerima vaksin di PPV IPT UiTM Kampus Puncak Alam, Kuala Selangor hari ini. FOTO: MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS

KUALA SELANGOR – Sebanyak lima peratus daripada 800 individu tidak hadir setiap hari bagi sesi temu janji suntikan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin Institusi Pengajian Tinggi (PPV IPT) Mega Universiti Teknologi Mara ( UiTM) Kampus Puncak Alam di sini.

Pengarah Hospital UiTM, Dr. Sazzli Kasim berkata, peratusan itu direkodkan sejak PPV itu berkenaan beroperasi 5 Jun lalu dengan situasi itu dikhuatiri akan membazirkan vaksin yang telah dikeluarkan daripada peti sejuk khas.

“Apabila botol vaksin sudah keluar daripada peti sejuk, ia harus digunakan pada hari tersebut.

“Justeru, pemakluman sehari awal daripada temu janji telah dilakukan kepada penerima vaksin bagi mengelak pembaziran tersebut,” katanya ketika ditemui selepas sumbangan Lembaga Zakat Selangor (LZS) kepada Hospital UiTM, di UiTM Kampus Puncak Alam, di sini hari ini.

Beliau memberitahu, antara alasan ketidakhadiran yang diberikan seperti tidak menyemak sesi temu janji di aplikasi MySejahtera dan mempunyai urusan lain pada hari berkenaan.

Sehubungan itu, Sazzli meminta mereka lebih bertanggungjawab dengan memaklumkan lebih awal supaya dapat menentukan anggaran jumlah vaksin yang akan digunakan pihaknya.

“Kita boleh beri tarikh temu janji pada hari lain kepada mereka.

” Setakat ini, lebih 10,000 penerima vaksin yang telah menerima vaksin di PPV ini,” jelasnya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI