fbpx

Tidak boleh makan durian selepas vaksin hanya mitos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Azmi (kanan) beramah mesra dengan seorang penerima vaksin, Bunga Zakaria (kiri) ketika melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Merdeka, Tapah hari ini. /FOTO ZULFACHRI ZULKIFLI.

TAPAH – Jangan menyebarkan fakta tidak betul kononnya memakan buah durian memberi kesan kepada individu sama ada selepas atau sebelum mengambil suntikan vaksin Covid-19.

Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, tiada dalam amalan perubatan yang menyatakan demikian sebaliknya pengambilan makanan berkhasiat dan seimbang adalah digalakkan sebelum dan selepas mengambil vaksin.

“Tidak termaktub dalam buku perubatan bahawa tidak boleh makan durian selepas cucuk (vaksin Covid-19), itu tidak betul.

“Yang sebetulnya, kita tidak boleh makan makanan yang terlalu manis kerana itu yang akan membawa masalah kepada kesihatan,” katanya selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Merdeka di sini hari ini.

Noor Azmi berkata demikian bagi mengulas dakwaan tular di media sosial berkaitan seorang individu yang telah divaksinasi meninggal dunia selepas makan durian.

Menurut beliau, hasil bedah siasat ke atas individu berusia 49 tahun itu mendapati punca kematiannya adalah disebabkan serangan jantung.

Katanya, penyebaran maklumat palsu itu telah menyebabkan kekeliruan yang akhirnya mendatangkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat,” ujarnya.

Baru-baru ini, tular di laman sosial apabila orang ramai menerima mesej kononnya seorang individu yang telah divaksinasi meninggal dunia selepas makan durian. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI