fbpx

Taylor Swift ‘kenakan’ Jake Gyllenhaal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TAYLOR SWIFT dan Jake Gyllenhaal pernah bercinta sekitar tahun 2010.

ANDA tidak salah dengar. Benar, Taylor Swift akan melancarkan semula album yang pernah diluncurkan sekitar 2012 berjudul Red.

Diskografi berkenaan yang kebanyakannya bercerita tentang mantan teman lelakinya, Jake Gyllenhaal dikatakan bakal memuatkan 30 buah lagu, termasuk versi baharu lagu All Too Well yang berdurasi 10 minit.

“Ini akan jadi kali pertama anda semua akan dengar 30 buah lagu yang sepatutnya dimuatkan dalam Red.

“Sebuah daripada 30 lagu itu berdurasi 10 minit panjangnya,” kata Swift dalam Instagram miliknya seraya mendedahkan album berkenaan akan dilancarkan pada 19 November tahun ini.

Dalam gelanggang laman sosial, ramai peminat tegar Swift yang dikenali sebagai Swifties mengecam Gyllenhaal yang sebelum ini bercakap buruk tentang kualiti lagu All Too Well.

“It’s not a bop (Lagu yang tak ‘best’),” tulis pemain karakter ‘villian’, Mysterio itu.

Disebabkan komen sedemikian, ramai Swifties mula membanjiri ruangan komen Instagram Gyllenhaal dengan nukilan lirik yang ditulis Swift dalam All Too Well.

Bukan itu sahaja, ramai mengucapkan ‘selamat maju jaya’ terhadap pelakon kacak berkenaan terutama apabila lagu antem percintaan antara dirinya dan Swift dilancarkan November nanti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI