fbpx

Tahanan hidap sawan meninggal dunia di hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa disahkan meninggal dunia akibat pendarahan di dalam kepala ketika dirawat di HRPZ II, kelmarin.

KOTA BHARU – Seorang lelaki yang merupakan tahanan polis meninggal dunia selepas mengalami sawan dan kekejangan ketika menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini, kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Abdullah Muhammad Piah berkata, suspek yang berusia 48 tahun ditahan pada Selasa lalu selepas dilihat sedang meracau-racau di sekitar kawasan Taman Maju kira-kira pukul 4.30 petang.

Katanya, suspek yang turut memegang sebilah pisau ketika itu dicekup selepas polis menerima laporan daripada orang awam.

“Suspek ditempatkan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu. Ketika berada dalam tahanan, suspek yang menghidap sawan telah mengalami kekejangan kira-kira pukul 7.50 petang kelmarin.

“Lelaki itu dibawa ke HRPZ II untuk menerima rawatan lanjut, namun dia disahkan meninggal dunia kira-kira empat jam kemudian,” katanya ketika ditemui pemberita l selepas meninjau kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) Kampung Pulau Tukang Dollah, Kemumin di sini hari ini.

Menurut Abdullah, hasil bedah siasat mendapati suspek disahkan meninggal dunia akibat pendarahan di dalam kepala.

Katanya, berdasarkan siasatan, suspek menghidap penyakit sawan dan dia juga merupakan orang gelandangan.

“Lelaki itu juga mempunyai dua rekod jenayah lampau berkait kes curi dan membawa pisau di tempat awam,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI