fbpx

Sweden lakar kejutan pimpin Kumpulan E

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FORSBERG meledak dua gol ketika membantu Sweden menewaskan Poland untuk muncul juara Kumpulan E dan layak ke pusingan 16 pasukan terbaik. – AFP

SAINT PETERSBURG – Pemain sayap Sweden, Emil Forsberg memuji mentaliti pasukannya selepas membenam Poland 3-2 di Stadium Krestovsky awal pagi semalam sekali gus menduduki tangga teratas Kumpulan E.

Sweden membuka kempen Euro 2020 dengan langkah kanan apabila berjaya menyekat juara 2012, Sepanyol dengan keputusan seri 0-0 sebelum menewaskan Slovakia 1-0 menerusi jari­ngan penalti Forsberg.

Forsberg menjadi individu penting dalam pasukan itu selepas dia berjaya menjaringkan dua gol untuk menewaskan Poland sekali gus mara ke peringkat 16 pasukan terbaik.

“Saya sangat gembira kerana berjaya menjaringkan dua gol dan kami mencetak kemenangan sekali lagi di sini untuk muncul selaku juara kumpulan. Kami turun dengan pelbagai tekanan pada saingan ini dan kejayaan ini adalah permulaan positif bagi Sweden.

“Pada perlawanan tersebut, kami tahu Poland akan tampil dengan aksi terbaik mereka untuk cuba memenangi perlawanan ini. Namun, kami berusaha mengekang mereka dan bertahan dengan baik.

“Ini menunjukkan betapa kami bukanlah pasukan pelengkap jadual dan tiada siapa me­nyangka kami mampu berada di hadapan Sepanyol. Saya sangat bangga dengan usaha yang kami pamerkan saat ini dan saya harap kami mampu pergi lebih jauh,” kata Forsberg.

Kemenangan itu menyaksikan Sweden menjuarai Kumpulan E dengan tujuh mata dan dija­dualkan menentang Ukraine di pusingan berikutnya pada 30 Jun ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI