fbpx

Sarjan polis direman kes rasuah RM31,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis tersebut direman enam hari di Mahkamah Majistret dekat sini, hari ini.

GEORGE TOWN – Seorang anggota polis berpangkat Sarjan direman selama enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah membabitkan wang sebanyak RM31,000.

Perintah tahanan reman ke atas suspek berusia 31 tahun itu dikeluarkan Majistret R. Manomani di Mahkamah Majistret di sini selepas membenarkan permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Difahamkan, anggota polis yang bertugas di sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di negeri ini ditahan SPRM semalam, selepas didakwa menerima wang berjumlah RM10,000

Menurut sumber, suspek didakwa bertindak sedemikian sebagai dorongan untuk menutup siasatan kes penipuan yang dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Siasatan lanjut juga mendapati suspek disyaki meminta wang sebanyak RM15,000 bagi menutup siasatan kes itu dan sudah menerima sebanyak RM6,000 daripada mangsa sebelum ini.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI