fbpx

Rai tunas rasa dengan Ayam Panggang Spicy Korea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hidangan Ayam Panggang Spicy Korea yang diperkenalkan kali ini lebih menarik kerana didatangkan dengan Yachae Rol.

PETALING – Kedai Ayamas kembali membawakan Ayam Panggang Spicy Korea khas buat pelanggan-pelanggannya di seluruh negara bermula semalam hingga 31 Julai depan.

Hidangan Korea yang terkenal dengan rasa pedas begitu digemari rakyat Malaysia dan ia terbukti apabila Ayam Panggang Spicy Korea resepi Kedai Ayamas mendapat sambutan hangat apabila diperkenalkan pada tahun lalu.

Pengarah Eksekutif Ayamas Shoppe Sdn. Bhd., Abd. Rahman Md. Dawi berkata, pihaknya sekali lagi mendapat permintaan ramai untuk menu tersebut pada tahun ini dan lebih istimewa mereka turut menawarkan sentuhan rasa ‘pedas GILER’ dan sedikit rasa masam manis demi memenuhi cita rasa tempatan.

“Hidangan kali ini lebih memikat kerana Ayam Panggang Spicy Korea ini didatangkan dengan Yachae Rol (popia Korea) dan nasi bijan.

“Yachae rol adalah kombinasi sempurna gulungan popia sayur dan curahan sos rahsia yang enak manakala nasi bijan merupakan nasi ayam yang ditaburi bijan dan pasti membangkitkan selera ramai,” ujarnya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Menurutnya, ia dijual pada harga RM9.90 hingga RM29.90 di samping terdapat set hidangan lengkap dikenali sebagai Set Jeju untuk seorang pada harga RM15.90, Set Itaewon (dua orang) pada harga RM31.90 dan Set Incheon (4 orang) pada harga RM55.90.

Beliau berkata, setiap hidangan set berkenaan dilengkapi Ayam Panggang Spicy Korea, nasi ayam, pilihan minuman berkarbonat serta hidangan sampingan terpilih.

“Ayam Panggang Spicy Korea tersebut merupakan resepi istimewa kami untuk dinikmati semua lapisan rakyat Malaysia dan pasti memberi kehangatan kepedasan pada setiap gigitan yang tidak dapat dilupakan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI