fbpx

PST raih jualan RM5 juta sepanjang PKP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azulita (tengah ) menunjukkan cili hasil ladang di PPK Kuala Langat, di sini hari ini. /FOTO AFIQ RAZALI

KUALA LANGAT – Lembaga Pertubuhan Peladang ( LPP ) berjaya meraih jualan hampir RM5 juta menerusi pelaksanaan Pasar Segar Terkawal ( PST ) dalam tempoh tiga minggu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Ketua Pengarahnya, Datuk Azulita Salim berkata, terdapat 27 buah PST yang beroperasi di seluruh negara ketika ini dalam memberikan akses pilihan kepada pengguna bagi mendapatkan barangan keperluan harian.

Katanya, PST juga platform membantu ahli-ahli peladang menyelesaikan masalah berkaitan pemasaran hasil pertanian mereka.

“Ini situasi menang-menang dalam memastikan bekalan sentiasa ada dan mengatasi kekangan rantaian pembekalan makanan negara dari segi kenaikan harga makanan serta bahan mentah.

“PST juga menyediakan perkhidmatan pengangkutan bagi mengangkut hasil-hasil pertanian terus dari ladang atau kampung dan dihantar terus ke PST berhampiran,” katanya pada sidang akhbar di Pertubuhan Peladang Kebangsaan ( PPK ) Kuala Langat, di sini hari ini.

Antara produk ditawarkan di PST LPP adalah sayuran, buah-buahan, ayam, hasil laut, daging dan barangan runcit serta produk jenama Peladangku dengan penjimatan antara lima hingga 20 peratus potongan harga bagi barangan terpilih.

Menurut Azulita, PST dibuka seawal pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari selaras arahan dan kelulusan Majlis Keselamatan Negara ( MKN ) dengan menawarkan alternatif kepada pengguna menerusi jualan secara perkhidmatan cash on delivery ( COD ) dan pandu lalu. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI