fbpx

Pesohor TikTok ‘gila like’ rampas telefon bimbit diberikan kepada kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aksi Voloshin berjaya dirakam oleh ibu kanak-kanak tersebut sekali gus mendedahkan perbuatan tidak bermoralnya. – The Sun

KYIV, UKRAINE – Gara-gara ingin mendapatkan jumlah ‘like’ yang tinggi, seorang pesohor media sosial tergamak membuat kandungan palsu dan merampas semula telefon bimbit yang kononnya ‘dihadiahkan’ kepada seorang kanak-kanak sejurus selepas rakaman selesai, lapor akhbar The Sun semalam.

Dalam kejadian tersebut, Alexander Voloshin merancang untuk menghasilkan kandungan TikTok yang menyentuh perasaan sambil menghampiri seorang kanak-kanak dengan ibunya yang sedang berjalan.

Dia kemudiannya ‘menghadiahkan’ sebuah telefon bimbit kepada kanak-kanak tersebut sambil merakam aksi ‘pemurahnya’ itu.

Sebaik sahaja rakaman tamat, dia meminta semula telefon bimbit tersebut sambil tindakannya itu dirakam oleh ibu kanak-kanak berkenaan.

Wanita itu yang terkejut dengan perbuatan Voloshin memarahinya sambil berkata bahawa gurauannya itu akan memberi kesan negatif kepada kanak-kanak yang mengikutinya di media sosial.

Dia kemudiannya mencabar wanita itu dengan menyuruhnya menghubungi polis untuk menyelesaikan masalah tersebut.

“Ia hanya sebagai perhiasan untuk video ini,” kata Voloshin.

“Tidak, kamu tidak boleh berbuat begitu. Dia (kanak-kanak tersebut) akan menangis,” jawab wanita tersebut.

Voloshin kemudiannya menawarkan untuk membayar wang berjumlah 2,000 hryvnia (RM301) sebagai pampasan, namun ditolak oleh wanita berkenaan.

Dia kemudiannya merampas telefon bimbit dari tangan kanak-kanak itu lantas berlalu dari situ.

Setakat ini, tiada sebarang maklumat mengenai bagaimana kejadian itu berakhir. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI