fbpx

Pengusaha kilang dikompaun RM1.2 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saravanan (dua dari kiri) ketika Operasi Pematuhan Akta 446 dan Pematuhan SOP, hari ini. /fOTO FARIZ RUSADIO

PUCHONG – Sebanyak RM1.2 juta nilai kompaun dikeluarkan Kementerian Sumber Manusia (KSM) melalui Jabatan Tenaga Kerja (JTK) kepada pengusaha kilang dan majikan yang gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata, sebanyak 123 majikan dan 12 individu didapati melanggar SOP bermula daripada 1 Jun lalu.

“Setakat hari ini pihak kementerian telah mengadakan pemeriksaan kepada 1,175 buah kilang dan sebanyak RM1.2 juta kompaun telah dikeluarkan.

“Antara kesalahan ialah peratus pekerja melebihi kapasiti sehingga melebihi 60 peratus serta memalsukan maklumat bagi kebenaran mohon beroperasi sebagai perkhidmatan penting,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengetuai Operasi Pematuhan Akta 342 dan Akta 514 di kilang Gardenia Bakeris di sini hari ini.

Sementara itu, tegasnya, kerajaan tidak akan teragak-agak untuk mengenakan tindakan bagi majikan yang mengingkari SOP.

“Saya beri amaran kepada semua pemain industri, jangan mengambil kesempatan terhadap keprihatinan dan kelonggaran yang diberikan kerana banyak kes tempat kerja telah dilaporkan.

“Jika perkara ini berterusan, kerajaan tidak akan teragak-agak untuk tutup semula sektor ini, semua pihak harus bertanggungjawab melawan Covid-19 serta patuhi SOP yang ditetapkan demi keselamatan semua,” ujarnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI