fbpx

Penghantar makanan OKU ditipu pelanggan tidak wujud

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar seorang penghantar makanan Food Panda yang mendakwa ditipu individu yang menyamar sebagai pelanggan.

PETALING JAYA – Niat murni seorang penghantar makanan Food Panda yang terpaksa mengayuh basikalnya sejauh tiga kilometer (km) ke sebuah stesen minyak untuk menghantar pesanan hanya sia-sia apabila dia sebenarnya menjadi mangsa penipuan ‘pelanggan’ tidak bertanggungjawab.

Insiden yang menimpa penghantar yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) itu tular di laman sosial Facebook, sejak semalam.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Motorsports Malaysia di akaun Facebooknya memberitahu, penghantar makanan tersebut adalah golongan istimewa kerana tidak boleh bertutur seperti orang biasa.

“Adik ini istimewa sedikit kerana dia tidak dapat bertutur seperti orang biasa. Nasib baik ada kawannya yang membantu dan mencari pelanggan yang bernama Mira. Sudah puas mencari, tetapi tiada sesiapa yang bernama Mira di sini,” jelasnya.

Penghantar makanan itu turut menghubungi pelanggannya menerusi aplikasi WhatsApp, namun pelanggan tersebut menafikan bahawa dia membeli makanan tersebut dan mendakwa ada individu lain yang menggunakan telefonnya untuk membuat pesanan.

“Setelah menyedari pelanggan ‘scammer’ itu tidak mahu bertanggungjawab ke atas pesanan sebanyak RM80 itu, kami (pekerja Shell) bantu penghantar makanan tersebut dengan membeli makanan daripada dia,” tambahnya lagi.

Rata-rata pengguna laman sosial Facebook meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sikap pelanggan yang sanggup menipu dan menyusahkan orang lain ketika rakyat sedang bersusah-payah untuk mencari rezeki bagi meneruskan kehidupan.

“Lebih baik jika Food Panda dahulukan buat pembayaran melalui transaksi online. Jika ada sesiapa yang mahu bayar secara wang tunai, ambil gambar dan kad pengenalan terlebih dahulu. Jika pelanggan tipu, terus sekat akaun pelanggan tersebut. Sudah banyak kes macam ni, kasihan pada penghantar makanan,” kata Saiyidatina Balkhis.

“Pada waktu begini pun adik itu masih berusaha mencari rezeki dengan menaiki basikal. Pelanggan itu boleh tipu dia? Tiada rasa kasihan ke? Langsung tiada rasa tanggungjawab,” balas Wan Niq di ruangan komen. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI