fbpx

Pekerja kilang maut tersepit, van terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan van terbabit yang terbabas ke dalam parit mengakibatkan seorang penumpang meninggal dunia, pagi tadi. /FOTO ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI.

SEREMBAN – Seorang wanita maut tersepit selepas van yang dinaikinya terbabas ke dalam parit dalam di Jalan Batu 7, Labu dekat sini pagi tadi.

Mangsa, S. Selvarani, 54, dari Taman Bukit Kaya yang berada dalam van pekerja dalam perjalananan ke sebuah kilang di Nilai bersama enam lagi pekerja lain.

Komander Operasi, Penolong Kanan Penguasa Bomba yang juga Ketua Balai Bomba Seremban 2, Mohd. Asree Abd. Hamid berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada pukul 7.01 pagi dan tiba lima minit kemudian.

“Mangsa yang maut berusia 54 tahun itu dikatakan menaiki van pekerja dari arah Seremban ke Nilai bersama enam lagi pekerja lain.

“Pihak bomba mengambil masa selama 10 minit untuk mengeluarkan seorang mangsa yang tersepit dan meninggal dunia di tempat kejadian. Mangsa lain yang cedera telah dibawa menaiki ambulans ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ),” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian,

Menurutnya, van berkenaan dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke kiri dan masuk ke dalam parit menyebabkan van itu terbalik.

Ujarnya, terdapat dua orang lelaki dan lima orang wanita di dalam van berkenaan.

“Mangsa didapati meninggal dunia selepas disahkan oleh petugas Kementerian Kesihatan,” katanya lagi. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI