fbpx

Pegawai imigresen gagal lapor rasuah didenda RM35,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad Solihan didenda RM35,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah gagal melapor kes rasuah.

KUALA LUMPUR – Gara-gara gagal melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pemberian rasuah berjumlah RM21,100 yang diberikan, seorang pegawai imigresen didenda RM35,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Hakim Izralizam Sanusi menjatuhkan hukuman denda itu terhadap Muhamad Solihan Johari, 37, selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.

Sekiranya tertuduh gagal membayar jumlah denda itu, dia boleh dikenakan hukuman penjara selama tiga bulan dan tertuduh membayar jumlah denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, Muhamad Solihan didakwa sebagai Pegawai Imigresen Gred KP 19 di Jabatan Imigresen Bangunan AMC Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang telah diberikan wang suapan berjumlah RM21,100 oleh seorang lelaki berusia 44 tahun melalui akaun simpanan milik seorang wanita.

Wang itu diberikan bagi membantu dalam memproses dokumen perjalanan warga negara asing melibatkan visa, pas dan permit Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang mana tertuduh telah melanggar peruntukan Seksyen 2(a) Akta SPRM 2009 (Akta 694) menggalakkan integriti dan kebertanggungjawaban pentadbiran sektor awam serta gagal melaporkan kesalahan penyogokan kepada SPRM atau pegawai polis yang paling hampir.

Kesalahan itu dilakukan di Maybank Cawangan Taman Connought, Lebuh Raya Timur Barat Cheras di sini antara 14 Februari hingga 25 Mei 2018 yang didakwa mengikut Seksyen 25(1) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum dibawah Seksyen  25(2) akta sama.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Terdahulu tertuduh yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan kerana menyesal dengan kesalahan yang telah dilakukan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI