fbpx

Panggilan tidak berjawab bongkar kematian warga emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba berusaha membuka pintu jeriji besi untuk mengeluarkan mayat seorang warga emas yang meninggal dunia kurang 24 jam dalam kejadian di Bakri Batu 3, Muar, Johor hari ini. Foto IHSAN BOMBA

MUAR- Kegagalan ahli keluarga menghubungi seorang warga emas yang menetap bersendirian di Bakri Batu 3, di sini terjawab apabila dia ditemukan mati di kediamannya, petang hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 3.05 petang itu, mangsa dikenali sebagai Toh Chong, 68, ditemui mati setelah adiknya membuat laporan berikutan bimbang panggilan telefonnya tidak dijawab.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Muar, Pegawai Bomba Kanan II Misholifadzil Mohammad berkata, mangsa dipercayai meninggal dunia tidak lebih 24 jam.

“Adik mangsa yang tinggal berhampiran telah datang ke rumah abangnya untuk memeriksa keadaan mangsa kerana khuatir abangnya masih bujang dan tinggal seorang diri.

“Setiba di tempat kejadian, pengadu berusaha menghubungi sekali lagi abangnya sebelum mendengar deringan telefon dari dalam kediaman.

“Ekoran bimbang, adik mangsa menghubungi bomba untuk bantuan membuka pintu yang terkunci,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI