fbpx

Malakoff lantik Solarvest sebagai kontraktor solar PV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Malakoff Corporation Bhd. (Malakoff) menerusi anak syarikat milik penuhnya, Malakoff Radiance Sdn. Bhd. melantik Solarvest Holdings Bhd. (Solarvest) sebagai kontraktor sistem solar fotovoltan (PV) nya bagi mempercepatkan perjanjian pembelian tenaga dengan beberapa pemain logistik di negara ini.

Menerusi kerjasama berkenaan, fasiliti logistik beberapa pemain industri utama, iaitu Pos Malaysia Bhd., Northport (Malaysia) Bhd. dan Johor Port Bhd. akan dipasang dengan sistem solar PV berteknologi tinggi, bagi menukarkan bahagian bumbungnya menjadi penjana tenaga solar.

Kemudahan dipasang di bawah Perjanjian Pembelian Tenaga Solar (SPPA) untuk tempoh antara 20 hingga 25 tahun dan selepas siap, ketiga-tiga fasiliti berkenaan bakal menjana tenaga elektrik bersih berjumlah 11,609.9 megawatt jam setahun.

Solarvest akan menjalankan kerja-kerja kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan manakala Malakoff selaku pembiaya dan pemilik aset solar atas bumbung fasiliti terlibat sepanjang tempoh SPPA.

Anwar

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Malakoff, Anwar Syahrin Abdul Ajib berkata, kini semakin banyak hab logistik hijau muncul di seluruh dunia bagi memenuhi permintaan untuk perkhidmatan logistik mesra alam.

“Sebagai Pengeluar Tenaga Bebas terbesar di negara ini, Malakoff perlu menyediakan akses kepada pemain industri tempatan untuk mentransformasikan penggunaan tenaga elektrik mereka.

“Kami percaya pelaburan dalam tenaga boleh diperbaharui bukan sahaja baik untuk alam sekitar, malah merupakan dapat membantu ekonomi pemain industri logistik yang beroperasi 24 jam sehari, tujuh hari seminggu.

“Tariff elektrik yang tetap menerusi SPPA akan melindungi perniagaan daripada sebarang potensi kenaikan harga dan membawa kepada penjimatan kos, membolehkan perniagaan memperuntukkan lebih banyak sumber kewangan untuk pertumbuhan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Chun Shiong

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Solarvest, Davis Chong Chun Shiong berkata, kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan Malakoff selaku penyedia penyelesaian bagi projek berkenaan.

“Ini satu kerjasama penting buat Kumpulan dan membolehkan kami meningkatkan penglibatan dalam memenuhi misi kelestarian peneraju industri,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI