fbpx

Lebih setengah juta warga emas sudah divaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rina (kanan) melihat barang keperluan yang diletakkan di Komuniti Gerobok Rezeki Desa Vista, dekat sini, hari ini. /FOTO FAIZ ALIF AHMAD ZUBIR

SEPANG – Seramai 1.742 juta warga emas di seluruh negara telah menerima suntikan vaksin Covid-19 menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dengan 568,282 daripadanya lengkap dua dos suntikan, setakat data 20 Jun lalu.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun berkata, terdapat kurang 1 juta warga emas yang belum lagi mendaftar bagi mendapatkan pelalian itu.

“Kira-kira 2.7 juta daripada 3.2 juta warga emas di negara ini mendaftar di aplikasi MySejahtera untuk mendapat suntikan COVID-19.

“Usaha berterusan akan giat dilakukan menerusi advokasi dan sukarelawan yang digerakkan untuk pendaftaran dari rumah ke rumah,” katanya selepas menghadiri Program Komuniti Gerobok Rezeki Desa Vista di sini, hari ini.

Mengulas program berkenaan, Rina berkata, inisiatif berkenaan telah dimulakan oleh Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Desa Vista sejak dua bulan lepas dan membantu masyarakat yang memerlukan dalam bentuk barangan keperluan dan sebagainya.

“Semangat komuniti setempat perlu ada dalam usaha membantu antara sama lain dan ia wajar diterapkan di seluruh kawasan tidak kiralah di taman perumahan ataupun kampung.

“Dengan kerjasama ini, ia akan menyantuni komuniti secara lebih dekat dan tidaklah hanya terlalu bergantung harap bantuan daripada kerajaan. Namun begitu, kementerian sentiasa memberi sokongan dengan usaha yang dilakukan ini,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI