fbpx

Lama tak balik kampung, ramai terkejut ‘perubahan’ Teluk Intan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hantaran Emmet Khalid dilihat berjaya 'menghiburkan' netizen terutamanya anak kelahiran Teluk Intan yang sudah lama tidak pulang ke kampung halaman.

PETALING JAYA – Tindakan kreatif seorang pereka grafik menyunting gambar memperlihatkan seolah-olah berlaku pembangunan pesat di Teluk Intan, Perak selepas berbulan-bulan larangan merentas negeri dikuatkuasakan mencuit hati netizen.

Pemilik akaun Facebook bernama Emmet Khalid itu memuat naik beberapa keping gambar lokasi diminati ramai antaranya gedung perabot terkemuka, Ikea, kompleks beli-belah terkenal, panggung wayang GSC dan gelanggang luncur ais ‘telah dibina’ di bandar yang terletak di Hilir Perak itu.

“Buat saudara mara dan sahabat handai yang sudah lama tidak balik Teluk Intan di sini saya selitkan gambar-gambar ‘terkini’ Teluk Intan buat anda semua,” tulis Emmet Khalid dalam ruangan kapsyen.

Hantaran itu mendapat lebih 400 komen dan dikongsi hampir 2,000 kali sejak dimuat naik, kelmarin.

Kebanyakan netizen terhibur dan terdapat segelintir daripada mereka percaya apabila melihat gambar-gambar awal yang dipaparkan sebelum menyedari ia hanya gurauan pemilik hantaran itu.

“Mula-mula aku ingatkan betul sampai bahagian gambar Universal Studio baru tersedar kena main,” ujar netizen bernama Ahmad Afiq Salehin.

“Habis Perintah Kawalan Pergerakan mahu cari kerja di kampung la lepas ini,” komen Fareez Amadi.

“Lihatlah Teluk Intan yang dicintai. Banyak perkara telah banyak berubah ada yang betul-betul dibina di belakang rumah saya,” ujar netizen bernama Yeong.

“Hampir setahun tidak balik. Macam-macam sudah ada ya. Dahsyat betul perubahan. Lepas ini hendak pindah kerja di Teluk Intan,” gurau seorang netizen. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI