fbpx

Kesusahan Suganti dapat perhatian Datuk Bandar Ipoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rumaizi (kanan) semasa menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada Suganthi, hari ini.

IPOH – Kesempitan hidup dua beranak yang tinggal di sebuah flat di sini sehingga terpaksa mengutip pucuk atau sayur-sayuran di tepi jalan bagi mengalas perut akibat kehabisan bekalan makanan mendapat perhatian Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Prihatin atas nasib mereka, Datuk Bandar, Datuk Rumaizi Baharin telah menziarahi keluarga tersebut yang kini tinggal menumpang di rumah seorang kenalan di Taman National Garden di sini.

R. Suganthi, 53, yang sebelum ini bekerja sebagai pengawal keselamatan terpaksa berhenti kerja sejak dua tahun lalu disebabkan masalah kencing manis dan tulang rawan tergelincir (slip disc).

Disebabkan kesempitan hidup, dia dan anak perempuannya, S. Kyiran, 33, yang hilang ingatan disebabkan kemalangan kini menumpang di rumah ibu rakannya sejak Januari lalu.

Menurut Rumaizi, kunjungan tersebut adalah bagi menyampaikan barang-barang keperluan harian yang disumbangkan MBI dengan kerjasama pihak Pasaraya Econsve.

Pada masa sama, beliau turut menyampaikan berita baik apabila Suganthi kini ditawarkan untuk bekerja oleh pihak pengurusan pasaraya berkenaan sebagai pengawal keselamatan.

“MBI juga sedang berusaha untuk membantu mendapatkan tempat tinggal untuk beliau di Rumah Pangsa milik MBI,” ujarnya selepas menyampaikan sumbangan tersebut yang turut dihadiri Pengurus Econsave Cawangan Jelapang, Shah Effendy Rosman.

Media sebelum ini melaporkan kesukaran hidup Suganthi dan anaknya yang tiada sumber pendapatan sehingga mereka terpaksa mencatu makanan dengan makan bubur nasi, biskut kering dan kopi kosong. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI