fbpx

[KEMASKINI] Lemas: Seorang lagi mangsa selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan bomba dan polis mengangkat mayat salah seorang mangsa lemas dalam kejadian di Taman Cendana, Pasir Gudang, Johor Bahru, Johor hari ini. Foto IHSAN BOMBA

JOHOR BAHRU – Seorang lagi kanak-kanak yang dikhuatiri lemas dalam satu kejadian di sebuah longkang berhampiran Masjid Taman Cendana, Pasir Gudang di sini disahkan selamat.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd. Sohaimi Ishak berkata, kanak-kanak itu sebelum ini turut dikhuatiri lemas selepas seorang rakannya yang berusia 13 tahun terjatuh ke dalam longkang ketika mereka sedang bermain bersama-sama.

Katanya, maklumat daripada orang awam memaklumkan kanak-kanak itu tidak terjatuh dan telah dibawa ke tempat selamat oleh penduduk taman berkenaan.

“Oleh yang demikian, dalam kejadian itu hanya dua orang yang dilaporkan lemas iaitu seorang kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun dan seorang lelaki berusia 32 tahun.

“Kanak-kanak itu lemas selepas terjatuh ke dalam longkang sedalam dua meter itu ketika sedang bermain bersama rakannya di kawasan sekitar.

“Manakala lelaki berusia 32 tahun itu lemas selepas bertindak terjun ke dalam longkang dalam cubaan untuk menyelamatkan kanak-kanak itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Mohd Asraf Mohd. Hisham Tan, 32, dan Mohd. Johan Akmal Jamil, 13.

Mohd. Asraf

Tambah Mohd. Sohaimi lagi, susulan laporan itu, operasi mencari dan menyelamat yang digerakkan sebelum ini ditamatkan pada pukul 6.50 petang.

“Mayat kedua-dua mangsa telah dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk tindakan bedah siasat,” ujarnya.

Terdahulu, polis menerima laporan daripada seorang pengadu memaklumkan berhubung kejadian itu pada pukul 4.12 petang.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI